Thursday, 29 December 2011

✿ Kuih Apam Pink ✿

Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras
1cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar kecuali nasi dan air.
  2. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
  3. Kisar nasi dengan air sehingga betul2 hancur.
  4. Campurkan nasi yg telah dikisar dengan bahan yang telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
  5. Biarkan adunan mesra selama 1 jam. Adunan akan mengembang selepas itu.
  6. Selepas 1 jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15 minit.
  • Nota : Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan agar kuih mudah ditanggalkan dari acuan nanti.

Saturday, 24 December 2011

✿ Butter Cupcakes Mudah ✿

Bahan-bahan: (12 cupcake saiz serdahana)
·         100 g Butter
·         100 g Tepung Naik Sendiri
·         80 g Gula Caster
·         2 biji telur saiz sederhana ('B')
·         1/2 sudu teh vanila 


Cara-cara:
1. Pukul butter & gula caster hingga gebu
2. Masukkan telur satut persatu & pukul.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit & pukul lagi hingga kembang.
4. Akhir sekali masukkan perisa vanila.
5. Sediakan cup kertas dalam loyang & isikan 1/2 atau 3/4 penuh cup kertas.
6. Bakar pada suhu 170C (atau 180C) bergantung pada jenis oven masing-masing, lebih kurang 12-15 minit.
7. TIPS: Pada pertengahan masa membakar, loyang boleh dipusing / ditukar kesudukannya supaya bahagian
    atas cupcakes rata masaknya & tidak kelihatan hangus.
8. Keluarkan dari oven cupcakes yg sudah masak. Apabila sudah sejuk bolehlah dihias dengan butter krim      
    ATAU coklat cair ATAU dimakan begitu saja! 


Selamat Mencuba 

✿ Apam Mekar ✿


Bahan-bahan:


250gm gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
200ml susu segar
300gm tepung gandum
1 sudu teh ovalette
pewarna
papercup



Cara-cara:



panaskan pengukus. pukul telur n gula hingga kembang. masukkan esen, pukul lagi. masukkan ovalette, pukul lagi. masukkan tepung berselang seli ngan susu sambil terus pukul. bahagi kepada beberapa bahagian n letak pewarna. masukkan ke dalam papercup n kukus selama 10-15min.



♥ Selamat Mencuba 

✿ Resipi Apam Polkadot ✿


✿   Resipi Apam Polkadot  ✿

Bahan-bahan: (untuk 50 biji papercup medium)
3 biji telur - dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dalam 6-8 minit lebih kurang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
letakkan filling secukupnya, nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
5. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
6. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15minit @ sehingga masak.

Anda di rumah, SELAMAT MENCUBA