Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras
1cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air
1cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar kecuali nasi dan air.
- Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
- Kisar nasi dengan air sehingga betul2 hancur.
- Campurkan nasi yg telah dikisar dengan bahan yang telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
- Biarkan adunan mesra selama 1 jam. Adunan akan mengembang selepas itu.
- Selepas 1 jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15 minit.
- Nota : Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan agar kuih mudah ditanggalkan dari acuan nanti.

No comments:
Post a Comment